blog kami.cerita kami.

Tekan sini!!!

Khamis, 2 Jun 2011

Pemimpin di bangku sekolah...apa yang perlu ada?!

Kepimpinan itu bukan sahaja patut dilatih di tempat kerja ...
Namun, sifat kepimpinan ini perlu dilatih sejak di bangku sekolah lagi
Apabila memegang jawatan seperti presiden kelas , pengawas , badan wakil pelajar dan sebagainya

1. Jadilah pemimpin yang tegas bukan pemarah


Jangan suka marah-marah
Banyakkan memberi nasihat
Jadilah pemimpin yang dihormati & disegani ,
Bukannya pemimpin yang ditakuti


Contoh Situasi : Bilik D456 tidak pergi ke Subuh untuk satu hari dan memberi alasan bangun lewat
Tindakan Salah : "Kau ingat ni sekolah mak bapak kau suka-suka tak pergi Subuh!!!"
Tindakan Betul : Denda & Beri peringatan


2. Diorang tak boleh buat, kita pun sama laa!


Peraturan dicipta untuk semua mematuhinya
Bukan untuk mereka yang tidak berjawatan sahaja
Kalau mereka tak boleh buat
Apa sebab pemimpin boleh buat ???

Contoh situasi : Pelajar dilarang membawa MP3 ke bangunan akademik
Tindakan Salah : Pemimpin menunjuk-nunjuk MP3 semasa waktu prep

3. Jadilah pemimpin yang adil lagi saksama


Peraturan itu adil ...
Siapa yang tertangkap pasti akan dihukum ...
Jangan kerana kawan sendiri yang buat salah ...
Kawan tidak dihukum ...
Adil ke macam tu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan